Friday 5 April 2013

PAKAIAN KAUM-KAUM DI MALAYSIA

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU


Baju Kurung
Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam. Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala. Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian. 

                                                   
Baju Melayu Lelaki
Baju Melayu merupakan pakaian lelaki Melayu yang terdiri daripada dua jenis iaitu Baju Teluk Belanga dan Baju Cekak Musang. Baju ini biasanya dipakai semasa menghadiri majlis-majlis perkahwinan, kenduri-kendara dan juga bagi menunaikan Solat Jumaat. Selain itu, baju ini juga amat sesuai dipakai pada hari perayaan dan juga majlis-majlis rasmi. Pemakaian Baju Melayu kelihatan lebih berseri apabila digandingkan bersama samping atau songket. Pada acara-acara biasa seperti kenduri-kendara dan Sembahyang Jumaat, baju ini dipakai bersama kain pelekat atau kain tenun sutera. Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Pakaian ini selalunya diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang.


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA

Cheongsam 
Pakaian ini dipakai oleh wanita berketurunan Cina. Biasanya dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkahwinan dan semasa Tahun Baru Cina.Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.


Samfu 
Samfu membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Samfu merupakan pakaian kaum Cina. Samfu diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfu dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA


Sari 
Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan India dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri. Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut. Sari diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang sememangnya indah.


 Kurta
Pakaian tradisional bagi lelaki kaum india.Kemeja panjang yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau lime dan sutera.Kurta ini pada kebiasaanya akan dipakai bersama salwar longgar,seluar longgar atau seluar churidar.Kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya bersama pijama dimana kurta pijama ini kebanyakkan dipakai ketika majlis-majlis rasmi.Kurta ini juga boleh dipakai bersama dhoti.dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar pinggang dan kaki.

2 comments: