Thursday, 18 April 2013
ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM-KAUM DI MALAYSIA
ALAT MUZIK KAUM MELAYU
Kompang
Kompang ialah
sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia
tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang.Kulit kompang biasanya
diperbuat daripada kulit Kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan
diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan
menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung
plastik turut digunakan. Alat muzik ini berasal dari duniaArab dan
dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan
Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13
oleh pedagang Arab.
Gampus
Sejenis alat muzik tradisi dari Timur Tengah. Ia mempunyai
12 tali tangsi. Badannya membujur bulat seakan-akan labu air dengan belakangnya
yang melengkung. Lehernya ialah persambungan dari badannya. Ia dipetik sama
seperti bermain gitar. Alat muzik ini digunakan dalam permainan Ghazal atau
tarian Zapin dan untuk mengiringi nyanyian serta tarian Andai-Andai oleh orang
Brunei di Sabah.
Rebana
Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering
dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakatMelayu di
negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan
penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi
lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk. Selain
daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada
hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali
sebagai Rebana ubi.
ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM CINA
Erh Hu
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga
saiz; kecil, sedang dan besar. Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk
hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera
Cina. Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek
dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali
untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.
Pipa
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan
dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan
dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan
jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada
4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir. Pipa
digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo
atau mengiringi nyanyian.
Seruling
Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di
negara Cina. Ia dinamakan sebagai “Zhudi”, disebabkan ia diperbuat
daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama
digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan
menghasilkan bunyi-bunyian. Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina
dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum
merdeka.
ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM INDIA
Dholak
Dholak ataupun dholaki ialah sebuah alat muzik klasikal
India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan tangan and mudah dipikul
oleh pemainya. Bunyi yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil pukulan
tangan keatas permukaan yang diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak
biasanya digunakan dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan
sebagainya.
Tabla
Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang
sangat terkenal dalam masyarakat kaum India.Alat ini dikatakan berasal
dari gendang Mridangam.Tabla mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda (gendang
kecil) dan Dagga (gendang besar) yang ada satu muka masing-masing.Badannya
dibuat daripada kayu jati, rosewood dan jackwood.Kulit kambing ditampal pada
permukaan tabla untuk menghasilkan bunyi irama yang indah.
Veena
Alat bertali mempunyai empat tali untuk melodi dan tiga tali
untuk dengung. Badan dibuat dari kayu, dadanya bulat dan belakangnya cembung.
Kekudatitian tali yang tinggi dipasang di tengah dadanya. Bilah fret logam
dilekatkan pada papan jari dengan menggunakan lilin lebah. Tali dipasang di
atas daripada fret-fret dan diikat pada pemulas melaras pada sisi leher, kepala
dan labu berukir dipasang pada hujung penghabisan lehernya. Dalam kepala ialah
tempat menyimpan minyak kelapa yang digosokkan untuk melicinkan hujung hujung
jari pemain.
Subscribe to:
Posts (Atom)